11 April 2011

Pagi-Pagi Dah Marah-Marah!!

11/4/2011 - Isnin

Kenapa pagi-pagi nak marah-marah??? sangat tak faham...

Ye~~ mungkin pagi tu ditimpa musibah yang tak diduga.. tapi jangan lah disebabkan orang lain, orang lain pulak yang menjadi mangsa dan tempat untuk kemarahan dilepaskan...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Pagi tu Ammi nak gerak ke tempat kerja.. sama macam hari-hari sebelumnya... tapi pagi isnin yang Ammi lalui untuk pembuka hari ni telah ternampak beberapa kejadian yang kurang menyenangkan..

perkara tu tak berlaku pada Ammi... berlaku pada orang lain... ok Ammi cerita sikit dua kes yang berlaku pagi tu..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kes 1

Berlaku di Stesen minyak Shell di Ampang..

Ammi ada la singgah di stesen minyak ni... nak buat apa lagikan kalau bukan isi minyak... jadi Ammi pun di salah satu pam minyak ni...

Ammi tak tau apa masalah diorang ni sebenarnya.. nampak gayanya macam berebut pam minyak dengan mat rempit.. nampak je macam mat rempit.. tapi tak tau la kot kot mamat tu nak pergi kerjakan...

Ammi perasan turn isi minyak masa tu mamat rempit tu... kat sebelah motor mamat tu ada satui lagi motor orang lain... masa tu Ammi buat tak tau je lagi...

lepas tu Ammi perasan, tuan punya motor yang parking kat sebelah mamat tu lepas bayar duit kat counter, muka dia masam mencuka dan pandang tepat pada mamat macam rempit tu...

masa tu Ammi dapat agak dah.. something happen kat diorang ni.. apa benda?? Ammi pun tak tau...

lepas mamat rempit tu beransur dari tempat tu, mamat sorang lagi ni pun nak isi minyak.. dia pandang Ammi pun macam tak puas hati..

Ammi lempar la satu senyuman kat dia.. mana la tau kot kot dia ok ke kan... ohhhh~~ rupanya senyuman Ammi tak cukup menawan sehinga mamat tu membalas dengan jelingan menjeling dan mencuka... huuhuhuhuu~~~ it's ok.. tak de memberi kesan apa-apa pun pada Ammi..

Nak buat macam manakan.. itu masalah dia.. bukan masalah Ammi.. jadi tak perlu nak terikut moody macam dia ye... POSITIF itu penting.. hehe...


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kes 2

kes ni pulak selalu je berlaku kat jalan raya...
berlaku satu kemalangan jalan raya dekat dengan jalan nak pergi ke Kampung Bharu...

kemalangan melibatkan sebiji motor (owner melayu) ..... dan sebiji kereta mewah (owner cina) ..

masa lalu kat sebelah diorang, Ammi nampak la diorang ni tengah fight mulut bergaduh.. masing-masing tak puas hati... tapi cina nampak lebih cool kalau nak bandingkan dengan owner motor tu..

masalahnyer sekarang.. perlukan ke nak gaduh mulut bagai nak gila sedangkan Ammi tengok tak ada siapa pun yang cedera dan tak ada pun berlaku kemalangan yang teruk...

apa la salahnya kalau bawa berbincang elok-elok.. tak salahkan... sifat amarah pun dapat dididik dan dikawal... masalah pon boleh settle dengan cepat dan secara baik-baik...

BUDI BAHASA KAN BUDAYA KITA.... jangan musnahkan title ni k...

sabar tu jugakkan SEPARUH DARIPADA IMAN... so keep it up...

MALAYSIA BOLEH!!! (tetiba kan~~)