11 April 2011

Pagi-Pagi Dah Marah-Marah!!

11/4/2011 - Isnin

Kenapa pagi-pagi nak marah-marah??? sangat tak faham...

Ye~~ mungkin pagi tu ditimpa musibah yang tak diduga.. tapi jangan lah disebabkan orang lain, orang lain pulak yang menjadi mangsa dan tempat untuk kemarahan dilepaskan...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Pagi tu Ammi nak gerak ke tempat kerja.. sama macam hari-hari sebelumnya... tapi pagi isnin yang Ammi lalui untuk pembuka hari ni telah ternampak beberapa kejadian yang kurang menyenangkan..

perkara tu tak berlaku pada Ammi... berlaku pada orang lain... ok Ammi cerita sikit dua kes yang berlaku pagi tu..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kes 1

Berlaku di Stesen minyak Shell di Ampang..

Ammi ada la singgah di stesen minyak ni... nak buat apa lagikan kalau bukan isi minyak... jadi Ammi pun di salah satu pam minyak ni...

Ammi tak tau apa masalah diorang ni sebenarnya.. nampak gayanya macam berebut pam minyak dengan mat rempit.. nampak je macam mat rempit.. tapi tak tau la kot kot mamat tu nak pergi kerjakan...

Ammi perasan turn isi minyak masa tu mamat rempit tu... kat sebelah motor mamat tu ada satui lagi motor orang lain... masa tu Ammi buat tak tau je lagi...

lepas tu Ammi perasan, tuan punya motor yang parking kat sebelah mamat tu lepas bayar duit kat counter, muka dia masam mencuka dan pandang tepat pada mamat macam rempit tu...

masa tu Ammi dapat agak dah.. something happen kat diorang ni.. apa benda?? Ammi pun tak tau...

lepas mamat rempit tu beransur dari tempat tu, mamat sorang lagi ni pun nak isi minyak.. dia pandang Ammi pun macam tak puas hati..

Ammi lempar la satu senyuman kat dia.. mana la tau kot kot dia ok ke kan... ohhhh~~ rupanya senyuman Ammi tak cukup menawan sehinga mamat tu membalas dengan jelingan menjeling dan mencuka... huuhuhuhuu~~~ it's ok.. tak de memberi kesan apa-apa pun pada Ammi..

Nak buat macam manakan.. itu masalah dia.. bukan masalah Ammi.. jadi tak perlu nak terikut moody macam dia ye... POSITIF itu penting.. hehe...


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kes 2

kes ni pulak selalu je berlaku kat jalan raya...
berlaku satu kemalangan jalan raya dekat dengan jalan nak pergi ke Kampung Bharu...

kemalangan melibatkan sebiji motor (owner melayu) ..... dan sebiji kereta mewah (owner cina) ..

masa lalu kat sebelah diorang, Ammi nampak la diorang ni tengah fight mulut bergaduh.. masing-masing tak puas hati... tapi cina nampak lebih cool kalau nak bandingkan dengan owner motor tu..

masalahnyer sekarang.. perlukan ke nak gaduh mulut bagai nak gila sedangkan Ammi tengok tak ada siapa pun yang cedera dan tak ada pun berlaku kemalangan yang teruk...

apa la salahnya kalau bawa berbincang elok-elok.. tak salahkan... sifat amarah pun dapat dididik dan dikawal... masalah pon boleh settle dengan cepat dan secara baik-baik...

BUDI BAHASA KAN BUDAYA KITA.... jangan musnahkan title ni k...

sabar tu jugakkan SEPARUH DARIPADA IMAN... so keep it up...

MALAYSIA BOLEH!!! (tetiba kan~~)

23 March 2011

Kepercayaan???

Dulu Ammi memang mudah sangat percaya kat orang.... apa yang orang cakap mudah sangat percaya.. telan bulat-bulat apa yang dia cakap... sampaikan kena tikam belakang.. baru padan muka...

semakin Ammi membesar, ramai orang yang Ammi dah jumpa... semakin ramai yang jumpa, semakin banyak tanda tanya bermain kat kepala hotak Ammi ni..

dan lama-lama, kepercayaan Ammi terhadap orang semakin hilang sikit demi sedikit... mungkin sebab pengalaman yang Ammi dah lalui buatkan Ammi sedar betapa tak boleh percayanya manusia ni... terutamanya kawan-kawan yang berada disekeliling kita.. yang dikatakan BFF, rupa-rupanya tak boleh pakai pun~~

macam tu jugak orang lain.. mungkin tanggapan diorang kat Ammi sama macam mana tanggapan Ammi dekat orang lain..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kadang-kadang Ammi hairan sangat... kenapa manusia ni kadang-kadang ada masa senang nak tegur kawan-kawan dia.. tetiba ada masa buat muka mencuka macam rasa nak tampar je laju-laju kat muka dia tu...

ada satu hal lagi... dah berteman sangat rapat.. kira macam adik beradik la... yang kita selalu la update pasal kita ni kat dia... bila tak bagi tau nanti terasa hati la~~apa la~~ tapi yang dia tu sebaliknya... apa!! ingat aku ni tak ada perasaan ke.. yang Ammi tak tahan, siap update kat FB lagi ni..

"jom simpulan simpulan kita pergi sini..."..........."jom simpulan simpulan kita pergi sana.."

yang kita ni membaca apa yang ditulis sedangkan tak ada manis mulut pun nak mengajak teman baik sendiri.. ish ish ish.. sangat sedih bila orang tak hiraukan kita.. sedangkan kita ni ambil berat pasal dia...

bukan nakkan perhatian.. tapi nakkan rasa hormat dalam perhubungan... jaga hati kawan-kawan selagi terdaya terutamanya dengan insan yang betul-betul kita sayang...

tak pe la..dah nasib badan..


Ammi tak tau la nak percayakan siapa lagi dalam dunia ni... dan akhirnya pada tuhan jugak tempat kita mengadu... nasib baik ada tuhan.. kalau tak ada tuhan, mau agaknya bunuh diri.. kan kan kan...

Oh Tuhan~~ kuatkan la semangat Ammi ni....

03 March 2011

siapa kau???

Assalamualaikum W.B.T.....

susahnya nak mengenali seseorang.... kadang-kadang Ammi tak faham perangai orang ni.. makin kita rapat, makin pelbagai tanda tanya bermain kat kepala otak ni...

sedangkan suami isteri yang dah berpuluh-puluh tahun berkahwin pun masih jugak tak faham diri antara satu dengan yang lain..

bila tak faham... apa lagi.. gaduh la~~~

kau cari pasal dengan aku... yang aku pulak tak faham-faham dan tak nak cuba beralah... rupanya nak join jugak bertekak... boleyy~~

ada tau suami isteri yang macam tu.... kalau boleh elakkan la~~

si suami dah tentu dengan ego dia... yang si isteri ni pun nak tunjuk ego jugak... ermmm jawabnya faham-faham sendiri la...


gambar contoh (re-edit from internet)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

itu mengenai cerita suami isteri...

yang dengan kawan-kawan lain pulak ceritanya~~~

kes 1 :

orang manis mulut dari lidah...

sebelum dapat amboiiiiii baik bukan main.. lemah lembut... cakap pun susun ayat baik punyer..
bila dah dapat apa yang diinginkan, contohnya macam kes pinjam duit.. bila dah dapat.. tetiba senyap sepi... tak ada khabar berita.. lepas tu tak reti-reti nak bayar hutang balik....

yang si pemberi pinjam ni pun satu hal.. jenis pemalu dan serba salah nak mintak balik.. kesian katanya... ermm~~ jawabnya memang lesap je la duit tu...



gambar contoh (re-edit from internet)




kes 2 :

orang jenis ada udang disebalik batu..

ni lagi satu hal... kita ni asyik fikir yang dia ni ikhlas la~~ nak kawan dengan kita.. rupa-rupanya berkawan dengan kita atas sebab kepentingan sendiri..

selalunya macam kes,, dia nak kenal kawan kita tetapi tak dapat.. so dia berkawan la dengan kita atas sebab nak kenal dan rapat dengan kawan kita tu.. faham tak?? ni selalunya kes nak mengorat tapi tak dapat la ni...

geram tu memang la geram.. tapi nak buat macam mana... redha je la.. mungkin itu cabaran dalam berkawan ni... mungkin satu hari dia pun akan ikhlas berkawan dengan kita... harap-harap



gambar contoh (re-edit from internet)


kes 3 :


kawan jenis tikam kawan..
ni paling Ammi tak boleh blahh~~~ rasa maca nak pergi terajang je...

yang ni lebih kurang macam kes yang nombor 2 tu.. tapi yang ni sebaliknya.... berkawan dengan kita dan cuba memanipulasi kita supa membenci orang yang rapat dengan kita dan kita sayang.... atas sebab cemburu dan orang yang beri perhatian pada kita tak dapat beri perhatian pada dia...

semoga Allah bagi hidayah pada orang-orang macam ni...




gambar contoh (re-edit from internet)


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

macam-macam hal perangai orang ni..

Ammi tau banyak lagi kes lain kat luar tu.. tapi Ammi rasa 3 kes ni la yang paling dan kerap kali berlaku dalam kehidupan kita apabila berkawan... dan actually yang Ammi cerita semua pernah berlaku pada diri Ammi..

tapi nak buat macam mana... selagi hidup, selagi tu kita perlukan kawan..

kita tak boleh hidup sorang-sorang...

jadi sebagai manusia terima lah dan hadapilah dengan bijak kawan-kawan kita yang macam-macam perangai tu... dan belajar daripada pengalaman

kalau ada baik.. pasti ada yang jahat... Ammi yakin.. sejahat-jahat mana pun mesti ada kebaikkan jugak dalam diri seseorang.. cuma~~ bergantung pada keadaan macam mana penerimaan orang sekeliling terhadap dia..

tak terlambat lagi untuk berubah.. (n_n) ...

Kenapa ek!!!

assalamualaikum W.B.T~~~










Ammi seronok tengok orang terutamanya yang memakai Kopiah, jubah, tudung labuh dan yang sama waktu dengannya...

Ammi rasa macam senang nak mendampingi mereka..

rasa macam ada orang yang boleh melindungi dan mengajarkan ilmu agama... kadang-kadang bila terpandang mereka terasa diri ni kerdil dan insaf.. mereka menggerakkan hati manusia yang jahil ke arah cahaya...

tapi jujurnya.. Ammi jumpa insan-insan macam ni masa dulu ada la....

tetapi Ammi tengok tahun demi tahun, berlaku sebaliknya....

apa yang cuba Ammi maksudkan adalah,.. Ammi tengok zaman sekarang ni ramai yang pakai pakaian yang menunjukkan wajah islam.. tapi~~

Ammi tak faham kenapa akhlak mereka tak macam pakaian mereka.. senang je mengungkapkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain.. menunjukkan simbol-simbol yang tak senonoh...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

Ammi ni pun masih lagi kurang ilmu agama.. dan Ammi jugak mengharapkan bimbingan daripada mereka-mereka yang berilmu tinggi...

pepetah ada mengatakan ikut resmi padi.. "semakin berisi.. semakin tunduk ke bumi..." tapi yang Ammi tengok zaman sekarang ni dah ikut resmi lalang.. makin mendongak ke langit...

tak semuanya macam tu.... tapi kalau ikutkan zaman sekarang tu boleh dikatakan 1 : 10 orang-orang yang betul-betul berilmu..

memang la kita ni bukan nabi... tapi apa salahnya kalau ikut akhlak nabi walaupun tak boleh sesempurna nabi...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

tak payah tengok jauh-jauh.. contoh boleh Ammi bagi macam jiran sbelah rumah Ammi ni... suami memakai kopiah...

kami ingatkan tuan rumah ni mesti la baik orangnya.. mesti tanggapan korang macam tu.. betul tak???

tapi apa yang dia buat...

dah la baru datang ke rumah dia tu.. tak duduk pun lagi.. tak kenal pun jiran sebelah rumah...

sepatutnya beri la salam dan menyapa jiran dengan baik.. tambahan pulak sesama islam...

korang tau apa dia buat... dengan tak beri salam dia menyapa kami sekeluarga dengan sangat kurang ajar di mana dia mempersoalkan tanah rumah dia tu...

tiba-tiba dia menuduh kami mengambil tanah dia... sedangkan kami dah pun tahu ukuran tanah kami takat mana... buat apa kami nak ambil tanah dia...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

itu antara contoh yang berlaku kat Ammi dan keluarga...

tak mau la cerita banyak-banyak pasal dia.. nanti mengaibkan pulak... biar la dia...

tapi Ammi sangat kecewa dengan sikap suami dan isterinya... nampak luaran sangat kuat pegangan agama.. tapi rupanya pada zahir sahaja...

sedih la dengan orang islam macam ni... bangsa bukan islam pun boleh menyapa orang islam dengan baik.. kenapa oran islam itu sendiri tak boleh....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ammi yakin.. korang kat luar sana pun mesti pernah jumpa orang-orang macam ni....

betul tak apa yang Ammi cakap???

mereka rasa mereka itu mengamalkan islam.. tetapi mereka sendiri tak faham apa tu islam...

fikir-fikir dan renung-renungkan lah....

24 February 2011

Mukaddimah 1st Entry

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

Kepada kawan-kawan yang mengikuti blog Ammi di ammbear.com dah semestinya kenal Ammi...

Di blog terbaru EN-AMMI ni pun korang still boleh panggil dengan nama Ammi jugak.... dan blog lama Ammi masih aktif macam biasa..

blog di ammibear lebih kepada jalan-jalan, makan-makan, pasal kucing, info-info dan juga pengalaman-pengalamn Ammi

tapi di blog en-ammi ni Ammi nak lebihkan kepada pengkongsian pendapat...

pendapat yang macam mana????

contohnya...

orang dewasa kadang-kadang sukar nak menerima pendapat orang lain terutamanya pendapat daripada orang yang lebih muda kan~~ nama pun budak.. memang susah la idea tu nak terima pakai.. walaupun idea tu kadangkala amat la bernas... sebab apa?? korang fikir-fikir la sendiri ye..

itu antara contohnya laa~~~ dan mungkin jugak Ammi akan buat pasal cerita ni di entry yang akan datang...

By the way.. blog ni mungkin lebih banyak penulisan daripada gambar... hehe.. bagi tau awal-awal ye..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kadang-kadang hidup kita ni tak selalunya indah kerana di sekeliling kita ada saja yg mencemburui kita..

kadang-kadang tu cuba untuk menjatuhkan kita walaupun tiada perhubungan antara kita...

tapi kita perlu ingat bahawa dalam keadaan orang yang membenci kita pada masa ini ada juga yang masih sayangkan kita walaupun kita tak tahu pun siapakah dia..

yang paling penting kita sendiri perlu belajar menyanyangi orang lain tak kira lah siapa pun dia atau pun apa jua status dia...

percayalah...

kerana bila kita menyanyangi orang, pasti sayang kita dibalas apabila sayang kita itu ikhlas.. dan apabila kita menyayangi orang, jangan sesekali harap dibalas..

dalam mejalani kehidupan harian kita, Ammi yakin mesti terlalu banyak tanda tanya bermain kat kepala.. dan perkara-perkara yang korang lalui tu mesti korang akan aka ada pendapat sendiri dan idea tersendiri..

macam tu la jugak Ammi sentiasa ada pendapat sendiri... kadang-kadang tak berani nak luahkan pada individu tertentu..

maka, terwujud la blog en-ammi ni... so~~~

welcome to EN-AMMI.BLOGSPOT.COM