23 March 2011

Kepercayaan???

Dulu Ammi memang mudah sangat percaya kat orang.... apa yang orang cakap mudah sangat percaya.. telan bulat-bulat apa yang dia cakap... sampaikan kena tikam belakang.. baru padan muka...

semakin Ammi membesar, ramai orang yang Ammi dah jumpa... semakin ramai yang jumpa, semakin banyak tanda tanya bermain kat kepala hotak Ammi ni..

dan lama-lama, kepercayaan Ammi terhadap orang semakin hilang sikit demi sedikit... mungkin sebab pengalaman yang Ammi dah lalui buatkan Ammi sedar betapa tak boleh percayanya manusia ni... terutamanya kawan-kawan yang berada disekeliling kita.. yang dikatakan BFF, rupa-rupanya tak boleh pakai pun~~

macam tu jugak orang lain.. mungkin tanggapan diorang kat Ammi sama macam mana tanggapan Ammi dekat orang lain..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kadang-kadang Ammi hairan sangat... kenapa manusia ni kadang-kadang ada masa senang nak tegur kawan-kawan dia.. tetiba ada masa buat muka mencuka macam rasa nak tampar je laju-laju kat muka dia tu...

ada satu hal lagi... dah berteman sangat rapat.. kira macam adik beradik la... yang kita selalu la update pasal kita ni kat dia... bila tak bagi tau nanti terasa hati la~~apa la~~ tapi yang dia tu sebaliknya... apa!! ingat aku ni tak ada perasaan ke.. yang Ammi tak tahan, siap update kat FB lagi ni..

"jom simpulan simpulan kita pergi sini..."..........."jom simpulan simpulan kita pergi sana.."

yang kita ni membaca apa yang ditulis sedangkan tak ada manis mulut pun nak mengajak teman baik sendiri.. ish ish ish.. sangat sedih bila orang tak hiraukan kita.. sedangkan kita ni ambil berat pasal dia...

bukan nakkan perhatian.. tapi nakkan rasa hormat dalam perhubungan... jaga hati kawan-kawan selagi terdaya terutamanya dengan insan yang betul-betul kita sayang...

tak pe la..dah nasib badan..


Ammi tak tau la nak percayakan siapa lagi dalam dunia ni... dan akhirnya pada tuhan jugak tempat kita mengadu... nasib baik ada tuhan.. kalau tak ada tuhan, mau agaknya bunuh diri.. kan kan kan...

Oh Tuhan~~ kuatkan la semangat Ammi ni....

03 March 2011

siapa kau???

Assalamualaikum W.B.T.....

susahnya nak mengenali seseorang.... kadang-kadang Ammi tak faham perangai orang ni.. makin kita rapat, makin pelbagai tanda tanya bermain kat kepala otak ni...

sedangkan suami isteri yang dah berpuluh-puluh tahun berkahwin pun masih jugak tak faham diri antara satu dengan yang lain..

bila tak faham... apa lagi.. gaduh la~~~

kau cari pasal dengan aku... yang aku pulak tak faham-faham dan tak nak cuba beralah... rupanya nak join jugak bertekak... boleyy~~

ada tau suami isteri yang macam tu.... kalau boleh elakkan la~~

si suami dah tentu dengan ego dia... yang si isteri ni pun nak tunjuk ego jugak... ermmm jawabnya faham-faham sendiri la...


gambar contoh (re-edit from internet)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

itu mengenai cerita suami isteri...

yang dengan kawan-kawan lain pulak ceritanya~~~

kes 1 :

orang manis mulut dari lidah...

sebelum dapat amboiiiiii baik bukan main.. lemah lembut... cakap pun susun ayat baik punyer..
bila dah dapat apa yang diinginkan, contohnya macam kes pinjam duit.. bila dah dapat.. tetiba senyap sepi... tak ada khabar berita.. lepas tu tak reti-reti nak bayar hutang balik....

yang si pemberi pinjam ni pun satu hal.. jenis pemalu dan serba salah nak mintak balik.. kesian katanya... ermm~~ jawabnya memang lesap je la duit tu...



gambar contoh (re-edit from internet)




kes 2 :

orang jenis ada udang disebalik batu..

ni lagi satu hal... kita ni asyik fikir yang dia ni ikhlas la~~ nak kawan dengan kita.. rupa-rupanya berkawan dengan kita atas sebab kepentingan sendiri..

selalunya macam kes,, dia nak kenal kawan kita tetapi tak dapat.. so dia berkawan la dengan kita atas sebab nak kenal dan rapat dengan kawan kita tu.. faham tak?? ni selalunya kes nak mengorat tapi tak dapat la ni...

geram tu memang la geram.. tapi nak buat macam mana... redha je la.. mungkin itu cabaran dalam berkawan ni... mungkin satu hari dia pun akan ikhlas berkawan dengan kita... harap-harap



gambar contoh (re-edit from internet)


kes 3 :


kawan jenis tikam kawan..
ni paling Ammi tak boleh blahh~~~ rasa maca nak pergi terajang je...

yang ni lebih kurang macam kes yang nombor 2 tu.. tapi yang ni sebaliknya.... berkawan dengan kita dan cuba memanipulasi kita supa membenci orang yang rapat dengan kita dan kita sayang.... atas sebab cemburu dan orang yang beri perhatian pada kita tak dapat beri perhatian pada dia...

semoga Allah bagi hidayah pada orang-orang macam ni...




gambar contoh (re-edit from internet)


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

macam-macam hal perangai orang ni..

Ammi tau banyak lagi kes lain kat luar tu.. tapi Ammi rasa 3 kes ni la yang paling dan kerap kali berlaku dalam kehidupan kita apabila berkawan... dan actually yang Ammi cerita semua pernah berlaku pada diri Ammi..

tapi nak buat macam mana... selagi hidup, selagi tu kita perlukan kawan..

kita tak boleh hidup sorang-sorang...

jadi sebagai manusia terima lah dan hadapilah dengan bijak kawan-kawan kita yang macam-macam perangai tu... dan belajar daripada pengalaman

kalau ada baik.. pasti ada yang jahat... Ammi yakin.. sejahat-jahat mana pun mesti ada kebaikkan jugak dalam diri seseorang.. cuma~~ bergantung pada keadaan macam mana penerimaan orang sekeliling terhadap dia..

tak terlambat lagi untuk berubah.. (n_n) ...

Kenapa ek!!!

assalamualaikum W.B.T~~~










Ammi seronok tengok orang terutamanya yang memakai Kopiah, jubah, tudung labuh dan yang sama waktu dengannya...

Ammi rasa macam senang nak mendampingi mereka..

rasa macam ada orang yang boleh melindungi dan mengajarkan ilmu agama... kadang-kadang bila terpandang mereka terasa diri ni kerdil dan insaf.. mereka menggerakkan hati manusia yang jahil ke arah cahaya...

tapi jujurnya.. Ammi jumpa insan-insan macam ni masa dulu ada la....

tetapi Ammi tengok tahun demi tahun, berlaku sebaliknya....

apa yang cuba Ammi maksudkan adalah,.. Ammi tengok zaman sekarang ni ramai yang pakai pakaian yang menunjukkan wajah islam.. tapi~~

Ammi tak faham kenapa akhlak mereka tak macam pakaian mereka.. senang je mengungkapkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain.. menunjukkan simbol-simbol yang tak senonoh...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

Ammi ni pun masih lagi kurang ilmu agama.. dan Ammi jugak mengharapkan bimbingan daripada mereka-mereka yang berilmu tinggi...

pepetah ada mengatakan ikut resmi padi.. "semakin berisi.. semakin tunduk ke bumi..." tapi yang Ammi tengok zaman sekarang ni dah ikut resmi lalang.. makin mendongak ke langit...

tak semuanya macam tu.... tapi kalau ikutkan zaman sekarang tu boleh dikatakan 1 : 10 orang-orang yang betul-betul berilmu..

memang la kita ni bukan nabi... tapi apa salahnya kalau ikut akhlak nabi walaupun tak boleh sesempurna nabi...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

tak payah tengok jauh-jauh.. contoh boleh Ammi bagi macam jiran sbelah rumah Ammi ni... suami memakai kopiah...

kami ingatkan tuan rumah ni mesti la baik orangnya.. mesti tanggapan korang macam tu.. betul tak???

tapi apa yang dia buat...

dah la baru datang ke rumah dia tu.. tak duduk pun lagi.. tak kenal pun jiran sebelah rumah...

sepatutnya beri la salam dan menyapa jiran dengan baik.. tambahan pulak sesama islam...

korang tau apa dia buat... dengan tak beri salam dia menyapa kami sekeluarga dengan sangat kurang ajar di mana dia mempersoalkan tanah rumah dia tu...

tiba-tiba dia menuduh kami mengambil tanah dia... sedangkan kami dah pun tahu ukuran tanah kami takat mana... buat apa kami nak ambil tanah dia...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

itu antara contoh yang berlaku kat Ammi dan keluarga...

tak mau la cerita banyak-banyak pasal dia.. nanti mengaibkan pulak... biar la dia...

tapi Ammi sangat kecewa dengan sikap suami dan isterinya... nampak luaran sangat kuat pegangan agama.. tapi rupanya pada zahir sahaja...

sedih la dengan orang islam macam ni... bangsa bukan islam pun boleh menyapa orang islam dengan baik.. kenapa oran islam itu sendiri tak boleh....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ammi yakin.. korang kat luar sana pun mesti pernah jumpa orang-orang macam ni....

betul tak apa yang Ammi cakap???

mereka rasa mereka itu mengamalkan islam.. tetapi mereka sendiri tak faham apa tu islam...

fikir-fikir dan renung-renungkan lah....